Khamis, 2 April 2009

Pemakanan Ikan Marin

1.0 PENGENALAN
Proses penghasilan protein adalah tujuan utama ternakair bagi kegunaan manusia. Proses pengeluaran ini adalah bergantung kepada beberapa faktor, dan salah satu faktor yang membuatkan proses ini berjaya adalah bekalan makanan untuk ternakan tersebut yang akhirnya dijadikan protein.

Di dalam setengah sistem ternakan ikan, pemberian makanan asas seperti fitoplankton (makanan semulajadi) boleh menampung keperluan pemakanan ikan-ikan yang diternak. Bagaimana pun sistem ini tidak menggunakan keupayaan kolam tersebut dengan sepenuhnya. Kadar penebarannya boleh dipertingkatkan dengan mengubahsuaikan teknik pemeliharaan umpamanya dengan melakukan pembajaan. Namun begitu sekiranya kadar penebaran terus ditingkatkan kemungkinan makanan semulajadi dalam kolam akan kehabisan. Pada peringkat ini makanan haruslah diberikan untuk mengekalkan daya pengeluaran yang sedia ada atau meninggikan lagi. (Gambarajah 1)



Gambarajah 1: Menunjukkan tiga konsep penggunaan makanan mengikut jenis sistem ternakan, kadar kepadatan dan kedapatan sumber makanan asli

Tujuan utama pemakanan ikan ialah melengkapkan makanan tambahan, dengan matlamat supaya kadar penebaran ikan dapat ditingkatkan. Makanan tambahan bukan sahaja mempercepatkan pembesaran ikan, malah mestilah senang didapati dan ekonomik.

Pemakanan ikan merupakan satu faktor penting di dalam bidang akuakultur kerana kos makanan merupakan sebahagian besar daripada kos pengeluaran ikan ternakan. Adalah dijangkakan kos makanan boleh mencapai 60 peratus dari kos pengeluaran. Jesteru itu, di dalam ternakan secara intensif, ia sering diberi perhatian utama.
2.0 TABIAT PEMAKANAN IKAN MARIN

Kajian mendapati diet makanan ikan marin secara semulajadinya adalah terdiri dari jenis karnivorus (pemangsa) dengan kepelbagaian jenis makanan dari jenis mikro krustasia sehingga ke makro krustasia di peringkat juvenil dan kepada pelbagai jenis ikan-ikan pada peringkat dewasanya.

Analisa kandungan makanan di dalam perut ikan marin (seperti Siakap) liar yang bersaiz 1 cm ke 10 cm menunjukkan 20 % adalah terdiri daripada makro zooplanton dan selebihnya adalah ikan-ikan bersaiz kecil dan udang. Manakala bagi ikan yang lebih dewasa, seratus peratus adalah dari jenis hidupan pemangsa, iaitu 70 % adalah krustasia dan 30% adalah ikan-ikan bersaiz kecil.

Pada amnya, esofagus ikan adalah pendek dan boleh membesar supaya objek yang agak besar boleh ditelan, tetapi ikan-ikan herbivor mempunyai tiub esofagus yang kurang kembang jika dibandingkan dengan ikan-ikan karnivor (seperti Ikan Siakap). Dinding-dinding esofagus dilengkapi dengan kedua-dua lapisan otot jalur membulat dan otot jalur memanjang. Dengan cara pengecutan pada kedua-dua jenis otot ini pergerakan makanan akan diarah ke perut. Selaput esofagus terdiri daripada epitelium lintap dan epitelium berurus dengan sel-sel atau kelenjar lendir yang banyak.

Ikan karnivor (seperti siakap) pada amnya mempunya usus yang pendek, berbanding dengan ikan-ikan herbivor (seperti ikan Bandeng) yang biasanya mempunyai usus yang panjangnya berkali-kali ganda daripada panjang badannya. (Gambarajah 2)


Gambarajah 2: Gambarajah menunjukkan sistem pencernaan makanan ikan mengikut kategori ikan ( a- Karnivorus, b- herbivorus, c – karnivorus / herbavivorus, d – Omnivorus)


3.0 KEPERLUAN NUTRIEN

Secara tradisonalnya, amalan pemakanan bagi ternakan ikan marin di negara ini adalah dengan menggunakan ikan baja yang digiling atau dicincang. Adalah diketahui bahawa makanan ikan baja adalah kurang memuaskan dari segi kandungan nilai pemakanan ikan marin dan ia sering kali memberi kesan terhadap kadar hidup yang rendah.

Sementara itu, bekelan ikan baja adalah terhad di sebabkan kenaikan permintaan dari aktiviti akuakultur yang lain. Selain dari itu harga pasaran, kualiti dan kuantiti ikan baja sering dipengaruhi oleh keadaan cuaca, musim tengkujuh serta keadaan pengagihan dan penyimpanan. Oleh itu peralihan kepada penggunaan makanan rumusan yang lebih efektif penggunaannya adalah digalakkan oleh pihak Jabatan Perikanan. Di samping itu, penggunaan makanan rumusan dapat dipastikan kandungan nilai nutrien yang sesuai untuk ikan yang diternak.

Pengenalan mengenai keperluan zat makanan oleh setiap jenis ikan/udang adalah penting sebelum menyediakan rumusan makanan. Semua jenis ikan/udang memerlukan zat-zat makanan yang terdiri daripada protein,lemak,karbohidrat, vitamin dan meneral.

Zat-zat makanan yang disebutkan itu, perlu diberikan dengan kadar yang betul di mana kekurangan sesuatu zat makanan mengakibatkan pertumbuhan yang negatif dan pengambilan sesuatu zat makanan yang berlebihan menjadikan diet tidak ekonomik.


3.1 Protein dan Asid amino

Protein merupakan komponen utama di dalam badan ikan. Oleh sebab itu protein merupakan zat makanan yang paling dipentingkan di dalam perumusan makanan ikan.

Protein terdiri daripada rantaian asid-asid amino. Dari kira-kira 20 jenis asid amino, hanya 10 jenis daripadanya merupakan asid amino perlu dan mesti ada dalam makanan ikan sekurang-kurangnya pada kadar yang minimum.
Secara amnnya ikan memerlukan lebih protein daripada burung dan mamalia. Salah satu dari sebabnya ialah ikan tidak dapat menghadamkan karbohidrat dengan baik. Oleh itu sebahagian dari zat protein digunakan sebagai sumber tenaga. Fungsi utama protein ialah:-

1. Sebagai komponen di selaput sel, otot, kulit dan sebagainya.

2. Sebagai enzim, horman, antibodi dan serum protein darah.

3. Untuk perkembangan gonad ( pembiakan)

Keperluan protein adalah berbeza mengikut spesis ikan, saiz,suhu,air,kedapatan makanan asli, jumlah makanan dan tenaga bukan protein. Ikan karnivor seperti Siakap memerlukan makanan yang mengandungi 45 – 50% protein manakala ikan Tilapia hanya memerlukan 30 – 32 % protein dalam makanannya. Umumnya anak-anak ikan hanya memerlukan makanan yang mengandungi nilai protein yang lebih tinggi daripada ikan dewasa. Anak-anak ikan karnivor seperti ikan siakap secara amnya, memerlukan di sekitar 40% hingga 50% protein manakala ikan-ikan dari jenis herbivor memerlukan 25% hingga 35% keperluan protein pada peringkat kecil.

Sumber protein haiwan yang baik adalah dari tepung ikan dan tepung sotong. Penggantian 5 % tepung ikan dengan jumlah yang setara dengan tepung sotong terhadap diet anak ikan siakap terbukti dapat mempertingkatkan kadar tumbesaran dan keupayaan penukaran makanan sebanyak 15 %.


3.2 LEMAK

Lemak merupakan punca tenaga yang paling banyak didapati jika dibandingkan dengan zat-zat makanan seperti protein dan karbohidrat. Ianya mengandungi 2.5 kali lebih kalori tenaga berbanding dengan taip-taip 1 gram karbohidrat atau protein. Selain daripada itu, ia terlibat di dalam penentuan rasa dan tekstur serta kandungan lipid ikan. Ia juga penting sebagai pembekal asid-asid lemak perlu dan pengangkut vitamin-vitamin yang larut dalam lipid. Lemak tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut seperti eter atau alkohol.

Karbon dioksida dan air merupakan dua bahan asas lemak. Unsur utama yang terdapat dalam lemak ialah karbon, hidrogen dan oksigen, iaitu di dalam bentuk-bentuk asid lemak dan gliserol di dalam nisbah 3 molekul asid lemak pada setiap molekul gliserol.

Diantara jenis-jenis lemak adalah seperti berikut;

1. Fosfolipid - Terdapat pada membran sel haiwan dan dinding sel tumbuhan sebagai bahan perantara dalam pembinaan lipid yang lain.
2. Sifingomielin - Terdapat pada otak dan tisu-tisu saraf haiwan.
3. Lilinan - Boleh di metabolismekan untuk menghasilkan tenaga.
4. Sterol - Lipid ini terdapat dalam bentuk kompleks.
Merupakan komponen dalam beberapa jenis hormon untuk kematangan dalam beberapa jenis hormon untuk kematangan jantina.

Terdapat beberapa asid lemak yang penting. Asid Linolenik dan asid linoleik tidak dapat dibina dalam tubuh, di dalam kualiti yang diperlukan . Asid Linoleik diperlukan untuk membina asid lemak yang lain ang tidak terdapat di dalam makanan, seperti asid arakhidonik .Omega – 3 HUFA (Asid lemak Tak Tepu) adalah dari jenis asid lemak yang diperlukan oleh ikan Siakap. Kehadiran 1.0-1% Omega-3 HUFA di dalam anak ikan Siakap dikatakan baik untuk tumbesaran dan kesihatannya.

Bagi kebanyakan ikan, untuk mendapatkan tumbesaran yang baik, makanannya mestilah mengandungi lebih kurang 8% lemak. Bagi ikan marin (seperti Siakap) penggunaan karbohidrat sebagai tenaga adalah rendah, bagaimana pun penghadaman lemak adalah tinggi. Oleh sebab itu, lemak adalah pentng di dalam makanan ikan marin dan tahap optima lipid adalah 13% - 18%.

Bagaimana pun, makanan yang mengandungi lemak terlalu tinggi boleh mengakibatkan kesan yang negatif kepada ikan kerana apabila terpadat berlebihan lemak dalam makanan ia akan menyelaputi rongga abdomen dan usus ikan. Selain daripada itu ia juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu seperti hati berlemak.

Pada keseluruhannya fungsi-fungsi lemak di dalam badan boleh dirumuskan seperti berikut:-

1. Sebagai sumber tenaga.
2. Penyimpanan tenaga.
3. Sebagai pelindung bagi organ-organ penting.
4. Mengangkut vitamin yang larut dalam bentuk.
5. Memanaskan tubuh.
6. Digunakan dalam peringkat ungkaibina.


3.3 Karbohidrat

Karbohidrat merupakan punca tenaga yang paling murah sekali jika dibandingkan
dengan lain-lain sumber tenaga seperti protein dan lemak. Pembetukan karbohidrat bermula daripada sintesis bahan-bahan asas seperti karbon dioksida dan air oleh tumbuhan hijau dengan kehadiran cahaya matahari dalam proses fotosintesis. Karbohidrat adalah zat makanan yang berasal dari tumbuhan.

Sebagai punca tenaga, ianya boleh digunakan utuk pengeluaran tenaga serta merta atau pun boleh disimpan dalam bentuk lemak, sebagai punca tenaga simpanan. Terdapat beberapa bentuk karbohidrat seperti:-

1. Gula (sebatian yang mudah dihadam)
2. Kanji (sebatian yang susah dihadam)
3. Selulos (Karbohidrat yang kompleks)

Walaupun karbohidrat diperlukan dalam kebanyakan permulaan sintesis biokimia,
Ia hanya terdapat dalam peratus kecil sahaja dalam sesuatu makanan semulajadi. Kandungan karbohidrat dalam badan ikan juga terlalu rendah dan ada yang menganggap ikan masih boleh hidup tanpa karbohidrat kerana kebanyakkan ikan (terutama yang berjenis karnivorus) mengutamakan penggunaan protein dan lemak untuk ungkaibina)

Oleh itu boleh dikatakan bahawa karbohidrat tidak terlalu penting untuk ikan-ikan di kawasan tropika dan penggunaannya lebih merupakan sebagai penjimat protein. Namun begitu ikan-ikan yang kurang mendapat karbohidrat akan mengalami kekurangan tenaga karbohidrat simpanan. Selain daripada berfungsi sebagai punca tenaga, biasanya bahan yang mengandungi karbohidrat juga bertindak sebagai pelekat di dalam pembuatan pelet.

Di dapati penambahan jumlah kecil kanji (10%) terhadap diet karbohidrat menghasilkan pertumbuhan yang memuaskan bagi ikan Siakap. Sebagaimana pun jumlah kanji yang tinggi 27% mengakibatkan pengurangan kadar tumbesarannya.

Secara amnya, fungsi-fungsi karbohidrat dalam makanan adalah seperti berikut:-

1. Sebagai punca tenaga.
2. Sebagai tenaga simpanan yang cepat (yang boleh di simpan dalam bentuk glikogen).
3. Sebagai tenaga jangka panjang (iaitu bila ia ditukar kebentuk lemak di dalam badan)
4. Sebagai pengisi (filler) dalam makanan.

3.4 Vitamin

Vitamin adalah sejenis zat makanan yang diperlukan oleh ikan dalam kadar atau kuantiti yang kecil untuk kehidupan yang normal iaitu dari segi tumbesaran. pembiakan, kesihatan dan penjagaan metabolisma secara am. Vitamin-vitamin diperlukan dalam makanan ikan dalam kuantiti yang sangat kecil. Kebanyakkan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim dan penderma hidrogen. Vitamin tidak bertindak sebagai punca tenaga atau bahan binaan.

Walaupun hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit, vitamin tetap diperlukan dalam perkembangan dan tumbesaran biasa. Keperluan vitamin oleh ikan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur,saiz, kadar tumbesaran, perubahan persekitaran dan suhu air. Keperluan vitamin bagi ikan adalah menurun dengan kenaikan berat ikan.

Sebahagian dari vitamin boleh disentesiskan oleh ikan itu sendiri, misalnya sebahagian kecil terhasil daripada sintesis mikrobial di dalam usus. Selain dari itu,ia juga boleh terjadi daripada transformasi asid amino, misalnya triptofon (sejenis asid amino) kepada niacin (sejenis vitamin ). Selalunya vitamin yang disentisis yitu tidak mencukupi, maka sebagai tambahan ia perlu mendapatkan daripada makanan.

Kesan penggunaan vitamin yang dicampurkan bersama ikan baja bagi pemakanan ikan Siakap ialah dilaporkan dapat meningkatkan kenaikan berat dari 9.36g ke 23.48g dan menurunkan kadar FCR dari 7.44:1 ke 3.82:1 dalam masa 9 minggu ternakan.


FUNGSI DAN SUMBER VITAMIN


Jenis Vitamin Fungsi Sumber


1. Thiamin B1 Koenzim iaitu sebagai bahan karboksilasi Kekacang
dalam metabolisma lipid dan karbohidrat. dan rugi.

2. Riboflavin Koenzim dalam berbagai jenis oksidasi Susu dan
B 2 dan reduksi respirasi enzim protein dalam limpa
tisu seperti di kornea mata.

3. Piridoksin Koenzim dalam nyah - karboksil asid Bijirin, kuning
B 6 amino. Ikan Karnivor seperti ikan Siakap telu dan ragi
Sangat memerlukan vitamin ini.

4. Asid Koenzim A yang terlibat dalam proses Ragi, Limpa
Pentotenik ungkaibina dan lepas tenaga dari ketiga- dan paru-paru.
Tiga punca tenaga iaitu karbohidrat,lemak
Dan protein.

5. Niasin Enzim yang berkaitan dengan peminda- Ragi, limpa,
han ( pendermaan dan penerimaan) kekacang,
hidrogen. Paras niasin yang berlebihan sayur hijau.
boleh menghalang pembesaran.

6. Biotin Koenzim dalam raksi Karboksilasi dan Limpa, ragi ,
nyah karboksilasi. Kuning telur.

7. Folasin Pembentukan sel darah merah yang Ragi, tisu,
norma. Ikan.

8 Kolina Pembinaan dan penjagaan struktur sel. Tepung
gandum,
kekacang.

9. B 12 Pembentukan sel dasrah merah Tepung dan
ikan.

10. Inositol Komponen selaput sel dan sebagai Gandum dan
karbohidrat simpanan dalam otak. Kekacang.

11. Asid Terlibat dalam pembinaan sel darah Limpa, buah- Askorbik dan pemebekuan darah. buahan.
(Vitamin C)
12. Vitamin A Untuk penjagaan sel eptalia terutama Minyak Ikan
di mata masing-masing.
13. Vitamin D Proses metabolima kalsium dan fosfat Minyak Ikan organik. 14. Vitamin E Sebagai anti oksidan dan ia melindungi Minyak
vitamin-vitamin yang mudah teroksida sayuran.
Dan asid lemak berlebihan. Ia menjaga
Ketelapan kapaliri darah dan jantung.

15. Vitamin K Menentukan kadar pembekuan darah Sayuran hijau.
yang normal.


NOTA: Bagi jenis vitamin no. 1-11 adalah larut dalam air manakala vitamin ni. 12-15
adalah larut dalam lemak.

Jadual 1: Jadual menunjukkan Jenis, fungsi dan sumber vitamin yang diperlukan oleh ikan marin.



Kekurangan vitamin di dalam makanan dan jika dibiarkan berlajutan akan menyebabkan beberapa penyakit manakan. Contoh-contoh penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin ditunjukan di dalam jadual di bawah. (Kadar keperluan Vitamin adalah seperti di lampiran 1).


Vitamin Tanda Warna kekurangan vitamin
Thiamin Luntur warna badan, gelisah , cacat pada sirip otot lisut, hilang keseimbangan dan ekor tidak berkembang.

Riboflavin Mati, pendarahan kulit dan sirip berdarah kornea banyak pembuluh darah.

Pridoksina Gelisah, mudah tertekan (stress) dan penyakit sistem saraf.

Asid Pantoteik Sirip vental berdarah, tumbesaran berkurangan , anemia, pendarahan kulit dan filamen insang bengkak dihujungnya.

Niasin Tidak dikesan.

Biotin Pendarahan usus dan berkudis, berlaku kekejangan.

Vitamin Selera makan bekurangan, sel darah merah berpecah.
B 12

Inositol Kudis dimata, perut mengembang.

Vitamin C Patah atau tulang belakang menjadi bengkok (Skolisis)

Vitamin A Luntur warna badan pendarahan kulit dan sirip berdarah, mata terjojol.

Vitamin D Belum diuji.

Vitamin E Kematian dan distropi otot.

Vitamin K Kekurangan darah darah lambat membeku.



Jadual 2 : Jadual menunjukkan tanda-tanda dari kesan kekurangan vitamin
kepada ikan marin


3.5 Zat Makanan


Unsur-unsur galian adalah salah satu saiz jenis zat makanan yang terdiri dari bahan-bahan bukan organan dan ianya menjadi sebahagian kecil dari komponen badan. Unsur-unsur ini mempunyai berbagai fungsi biokia atau fisiologi. Selain daripada penyerapan galian dari bahan-bahan makanan melalui usus, ia juga boleh diserap melalui selaput insang dengan senang dari air kerana biasanya air mengandungi berbagai-bagai unsur galian.

Kalsium dan fosforus merupakan galian terpenting yang diperlukan oleh ikan. Keuda-duanya diperlukan di dalam pembentukan tulang dan juga sisik. Selain daripada itu kalsium penting di dalam pembekuan darah., fungsi otot, transmisi nadi (implus) saraf, osmeregulsi dan sebagai kofaktor , manakala fosforus penting di dalam beberapa proses mebalik.

Kekurangan kalsium dan fosforus boleh menyebabkan beberapa penyakit, seperti kurang pinogonik dalam darah, bertambah lemak badan, sirip-sirip yang terlalu rapuh, tumbesaran yang rendah, kadar penukaran makanan (FCR) yang rendah dan kandungan mineral yang berkurangan. (keperluan mineral bagi ikan Siakap adalah seperti di dalam lampiran 1)


4.0 FORMULASI MAKANAN IKAN


Protein merupakan bahan makanan yang termahal dan terpenting di dalam diet makanan ikan. Oleh itu penentuan paras protein dan tenaga yang dperlukan di dalam diet perlulah diambil kira sebelum sesuatu makanan disediakan.


Pemakanan protein yang sebenarnya ialah pemakanan asid amino. Jesteru
Itu, pemilihan protein yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh ikan perlu dipastikan.

Penentuan paras dan jenis minyak, serta lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang perlu ditambah bagi mendapatkan satu diet yang lengkap perlu dilakukan setelah penentuan paras protein dipenuhi terlebih dahulu. Penentuan peratusan nutrien seharusnya dapat diseimbangkan dengan kos bagi penghasilan makanan tersebut supaya ia menguntungkan dn ekonomik. (Sila rujuk kepada lampiran 2 bagi formulasi makanan Ikan Siakap).


5.0 PERUMUSAN MAKANAN IKAN SIAKAP

Ikan Siakap didapati mengambil makanan secara menyambar permukaan
air dan ia lebih menyukai makanan dari jenis lembab dan lembut teksturnya dari makanan yang keras. Penggunaan makanan rumusan didapati dpat diterima dengan baik oleh ikan ini. Bagaimana pun paralihan makanan rumusan perlu dibuat terlebih dahulu dari makanan ikan baja dan ini mengambil mas seminggu sekurang-kurangnya sebelum ia dapat menerima rumusan dengan baik. Penyesuaian terhadap makanan rumusan akan mengambil masa dan ia bergantun juga kepada saiz ikan. Pada kebiasaannya saiz juvenil lebih mudah menerima makanan rumusan daripada ikan yang bersaiz lebih besar.

Terdapat dua bentuk makanan rumusan yang biasa digunakan, iaitu bentuk separa lembab dan jenis pelet. Makanan rumusan dari jenis separa lembab, di dapati lebih mudah penerimaannya berbanding dengan makanan pelet kering. Makanan separa lembab ini adalah lebih mudah disediakan dan ia lebih murah berbanding dengan makanan rumusan kering, bagaimana pun penggunaan bahan pelekat adalah diperlukan. Bahan pelekat yang biasa digunakan adalah kanji yang dimasak. Kanji yang dimasak adalah lebih sesuai digunakan kerana ia mudah dihadamkan. ( Sila rujuk kepada lampiran 3 bagi contoh diet makanan untuk Ikan Siakap).


5.1 Teknik Pemberian Makanan


Teknik atau amalan memberi makanan ikan sma pentingnya dengan penyediaan makanan.Teknik dan amalan yang betul akan menghasilkan penggunaan makanan dan pengeluaran ikan yang baik. Oleh itu, seseorang penternak denan sistem pengeluarannnya. Teknik ini adalah penting dalam memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. Pada asasnya pemberian makanan hendaklah dibuat dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil.Tujuan utama ialah untuk memberi lebih peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut.

Kadar atau banyaknya makanan yang harus diberi merupakan satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Jika terlalu sedikit makanan diberi akan mengakibatkan perbezaan saiz yang besar diantara setiap ikan pada waktu ditangkap. Walaupun pemberian makanan yang berlainan dengan harapan ia membesar dengan cepat akan menyebabkan pencemaran kepada air kolam dan seterusnya mengakibatkan kematian.

5.1.1 Pemberian makanan di bahagian kolam yang tetap.

Antara beberapa kebaikan memberi makanan di satu bahagian kolam yang tetap ialah:-

i. Dapat mengelakkan perbaziran makanan.
ii. Dapat memerhatikan kelaukan.

5.1.2 Jumlah makanan harian.

Jumlah makanan yang diberi biasanya mengikut saiz atau berat ikan.
Kadar pemberian makanan adalah diasaskan kepada peratusan berat badan. Kadar
ini biasanya dipengaruhi oleh berat ikan dan suhu air. Ikan yang lebih kecil biasanya akan memakan makanan yang lebih berbanding saiznya dari ikan besar. Kadar makanan harian untuk ikan siakap, secara amnya adalah seperti di bawah (Boonyartplain, 1988)



Saiz ikan(g) Kekerapan Kadar pemberian
pemberian (% berat masa/hari)
badan/hari)


1.8 - 5.4 2-4 7.18

5.5 - 11.5 2-4 5.70

11.26 - 19.2 2-4 4.59

19.3 - 27.92 2-3 3.90

28.0 - 45.0 2-3 3.50

50 - 75 3- 4    

75 - 150 g 3       

150 – 250 g 3      

500 ke atas 1.5 - 2



Jadual 3 : Jadual menunjukkan jadual makanan mengikut ukuran saiz, kadar
pemberian dan kekerapan pemberian makanan per hari


Kadar dan kekerapan pemberian makanan kepada ikan siakap di atas adalah satu panduan kasar sahaja. Bagaimana pun penternak bolehlah menggunakan pertimbangan sendiri berdasarkan kepada keadaan ikan. Ini adalah kerana banyak faktor-faktor yang mempengaruhi sehingga kenyang boleh dipraktikan kerana dapat mengawal kadar pemangsaan ikan ini. Bagaimana pun elak daripada memberi terlalu berlebihan, kerana air mudah tercemar. (Sila rujuk kepada lampiran 3 bagi pengiraan anggaran makanan ikan siakap).


5.1.3 Jaduan Pemberian Makanan

Kekurangan oksigen dan suhu air yang eksterim akan mengurangkan selera makan ikan. Masa yang sesuai untuk memberi ikan makan ialah di antara 9 - 11 pagi dan 2 - 4 petang.


5.1.3 Kekerapan Memberi Makanan

Pada amnya ikan-ikan di dalam makanan 2 kali sehari dan 6 hari seminggu. Bagi anak-anak ikan pula adalah lebih baik jika diberikan makanan sebanyak 2.4 sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan